Translate

Friday, 7 August 2015

Ikan Kelah Bara Di Malaysia Satu Fenomena

Aku suka memancing.so aku nk cerita sikit pasal ikan kelah ni.. so enjoy your life......

Ikan kelah bara adalah satu istilah baru merujuk kepada ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia. Istilah ini mula diperkenalkan kurang 10 tahun yang lalu. Istilah ini mula diperkenalkan oleh peminat, penghobi dan penternak ikan kelah. Bagaimanapun, pihak yang paling aktif mempopularkan nama “ikan kelah bara’ ialah peniaga atau pembekal ikan kelah bara itu sendiri.


Ikan Kelah Bara
Bagaimana nama “ikan kelah bara” ini muncul?
Sebenarnya berdasarkan kajian di peringkat Universiti puluhan tahun yang lalu tiada menggunakan istilah “ikan kelah bara” ini. Sepanjang tempoh masa itu, ikan kelah selalu diklasifikasikan bergantung kepada bentuk tubuh dan taburan di mana ia didapati. 2 nama saintifik yang selalu digunakan ialah “Tor Tambroides” dan “Tor Duoronensis”. Ikan kelah merah tidak kira sama ada dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah ataupun Perak akan disebut sebagai dari jenis “Tor Tambroides”. Sementara ikan kelah biru di Semananjung Malaysia, ikan kelah Sarawak yang dikenal sebagai Semah dan ikan kelah Sabah yang dikenal sebagai Pelian akan disebut sebagai dari jenis “Tor Duoronensis”.
Dalam satu situasi persaingan perniagaan yang sengit, salah satu strategi yang berkesan ialah dengan membezakan produk anda. Mewujudkan keunikan tersendiri produk anda walaupun masih dalam kategori yang sama. Begitu juga dengan kes ikan kelah.
Ikan Kelah Bara Royal Belom
Oleh kerana dalam stok bekalan ikan kelah yang ada di pasaran, terdapat ikan kelah yang warnanya lebih menyerlah maka lahir idea untuk memberikan namanya “bara” merujuk kepada warnanya yang membara. Dan boleh dikatakan kebanyakan stok ikan kelah bara ini datangnya dari Taman Negara Terengganu termasuk dari sekitar kawasan Tasik Kenyir. Dan sudah tentu sukar atau mencabar untuk membawa keluar bekalan ikan kelah bara dari kawasan di atas. Maka dengan sebab “bara” dan “sukar diperolehi” menyebabkan penetapan harganya jauh lebih tinggi berbanding ikan kelah merah yang biasa.
Adakah semua ikan kelah merah dari Terengganu membara warnanya? Sudah tentu tidak. Adakah tiada ikan kelah bara di Kelantan atau Pahang? Juga, sudah tentu tidak. Tetapi memang kebanyakan ikan kelah dari Kenyir (Tembat/Kuala Sepetang) mempunyai warna kemerahan yang tersendiri. Bayangkan harga jual di internet ikan kelah bara untuk saiz 9 inci ialah RM200 dan saiz  12 inci pada harga RM450!
Sebagai tips mudah, semasa membeli “ikan kelah bara” jangan tertipu dengan suluhan warna lampu akuarium yang merah menyala ataupun hanya melihat dari sisi pandangan atas. Jika dari pandangan atas sahaja yang dilihat, ikan tengas pun boleh jadi ikan kelah!
Sebenarnya faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan warna sisik ikan kelah. Ramai penghobi yang melaporkan ikan kelah bara mereka sudah hilang “bara”nya apabila dipelihara di dalam kolam simen ataupun di dalam akuarium yang menggunakan air paip dengan pemakanan pellet. Persekitaran, air dan juga makanan jelas mempengaruhi rupa – wajah ikan kelah. Lebih menarik ada penghobi yang memelihara ikan kelah merah biasa dan mewujudkan persekitaran akuarium yang menyokong kepada “pengeluaran” warna merah yang membara dan menyerlah si ikan kelah peliharaannya.
Ikan Kelah Bara Tembat

BAJA ORGANIK

Apa itu baja organik
baja organik adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. ia merupakan unsur mineral semula jadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan tejadi kerosakan tanah baik dari sifat-sifat fizik,kimia mahupun biologi tanah.
dengan menggunakan baja organik,kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti pertanian.

UNSUR ASAS BAJA (BASE FERTILIZER)
  • N : 1.81% untuk penyuburan pokok dan daun.
  • P : 1.89% untuk mengalakkan pertumbuhan akar.
  • K20 : 1.96% untuk penyuburan bunga dan buah.
  • CaO : 2.96%
  • MgO : 0.70%
KEISTIMEWAAN
  • Menyediakan unsur hara untuk pertumbuhan tanaman.
  • Tidak berbau dan mudah digunakan.
  • Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan malah meningkatkan Microbia dalam tanah.
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman.
  • Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.
  • Tidak mengandungi bahan kimia.
  • Selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.
  • Bebas daripada Parasit, Pathogen & Phytotoxin.
  • Meningkatkan daya tahan tanah.
  • Befungsi sebagai "Growth Stimulation" dan "Soil Conditioner"
  • Bebas dari benih rumput dan tanaman liar.
  • Membaiki tanah yang rosak hasil pengunaan baja kimia.
  • Meningkat hasil tuaian sehingga 30%.
  • Harga yang murah serta bermutu.
KESAN PENGGUNAAN
  • Membetulkan tahap pH tanah.
  • Tanah menjadi lembut, subur, tidak masam, akar baru pokok akan keluar, membebaskan baja atau tanah yang tersangkut dalam tanah dan dapat di manafaatkan oleh pokok.
  • Pokok akan tumbuh lebih besar, subur, hidup lebih lama, hasil lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan racun serangga.
  • Memberi kebaikan jangkamasa panjang pada tanaman atau tanah.



CARA PENGGUNAAN

  • MENABUR (Ditabur terus di sebelah pokok dan disiram)
  • BUNJUT (Dibuat bunjut atau uncang dengan secebis kain untuk diletakkan di atas media(arang) atau ditepi AKAR ORKID)